Sunday, April 14, 2013

Selamat pindah rumah dah

Assalamualaikum WBT.

Kami dah selamat pindah rumah nak dekat 2 minggu. Syukur rumah ni walaupun tak le mewah macam rumah lama tapi cute just nice untuk 2 orang duduk. Kat sini juga kehidupan berjiran adalah dipraktikkan. Maklum le tuan rumah duduk sebelah rumah, kat atas pulak ada dua buah rumah dan sebelah ada sebuah rumah sememangnya meriah le sikit. Tuan rumah pun bagus sangat amik berat pasal keperluan kami.

Rumah sekarang ni sewa RM500 dan barang pun agak lengkap dengan memenuhi permintaan kami yang memerlukan peti ais dan dapur. Selain tu tuan rumah juga menyediakan tilam, almari, meja makan dan juga kabinet tv. Syukur sangat sebab sepanjang kami di sini hampir 4 tahun rumah kami yang paling murah adalah RM750 dan sebelum ni pun rumah sewa kami RM800.

Alhamdulillah sangat. Sepanjang proses nak memindahkan barang memang sangat letih tapi keadaan dah selesa dan tersusun macam sekarang memang sangat bersyukur.

Aktiviti kat sekolah juga semakin banyak dan sibuk sekarang tapi syukurlah sebab ada kenderaan sendiri nak bergerak. Mudah dan pantas tak perlu berfikir panjang.

Nanti sambung lagi. Dah..

Sunday, March 10, 2013

Pindah rumah lagi

Assalamualaikum WBT.

Tahun ni tahun keempat aku duduk di sini dan Insya Allah kalo jadi hujung bulan ni akan berpindah ke rumah baru dan ini adalah rumah kelima kami.  Sebab pindah adalah dah dapat rumah yang lebih murah dan sesuai untuk dua orang. Rumah sekarang ni RM800. So dah nak dekat dua tahun duduk rumah ni memang selesa sebab ada tiga bilik. Seorang dapat sebilik. Perabot dan barang2 pun semua ada kecuali tv je tv aku beli masa kat rumah lama. Tapi hujung tahun lepas housemate seorang dapat pindah so tinggallah aku dua orang membayar RM800 sejak bulan 11. Agak parah jugak sebab bajet untuk bersukaria dah kena cut kat situ. So Alhamdulillah dapat rumah RM500 walaupun kecik dan comel tapi tuan rumah bagi barang juga. Yang penting peti ais dia sediakan maka hujung bulan ni berpindahlah kami.

Sejak peristiwa La-had Datu, ramai sedara mara dan kenalan yang mungkin tak pernah bersms atau call, tiba2 call. Dan bersyukur jugak aku sebab walaupun aku ni dikategorikan orang2 (yang tak rapat) sebagai agak sombong (walaupun tak sebenarnya) masih lagi yang prihatin dan mengambil berat akan diriku yang sungguh berharga ini. Hehe.

Minggu lepas agak kritikal jugak. Macam2 info yang kami dapat live dari tempat kejadian yang mana kawan2 kami di sana tapi itulah benda tu tak boleh disebarkan mungkin khuatir akan taktik tentera polis kita terjejas di samping membuatkan orang ramai panik walaupun kami lebih panik sebenarnya.Perasaan memang berdebar sentiasa dan kami pun ready je sebenarnya nak angkat beg fly balik kampung tapi apapun berserah kepada Allah dan bersyukur atas kawalan keselamatan polis dan tentera yang menjadikan keadaan terkawal dan aman.

Apapun berdoalah agar keadaan dapat diselesaikan dengan segera. Sabtu lepas sehari selepas serangan jumaat tu, kami ke San-dakan dan memang keadaan sedikit sepi dari hari biasa dan sekarang ni bandar san-dakan penuh ngan askar dan tentera. Kalo dulu mungkin sekali sebulan kami keluar bandar, dan dengan keadaan sekarang mungkin dipertimbangkan dua bulan sekali. Urusan banking tu ada je cara nak buat kan. Tapi barang2 yang supermahal kat dalam ni membuatkan kaki ni gatal jugak nak melangkah ke san-dakan.

Alhamdulillah jugak, masa tahun baru CNY yang lepas aku dan kawan2 selamat perjalanan dari Miri ke Be-luran membawa kereta aku. Dan sekarang ini aku dah ada kereta sendiri senang nak pergi mana2 terutama kedai. Hehe.

Wah tiba2 menjadi rojak semua benda. Nanti tak tau bila lagi aku update. Internet aku dari 68 aku dah kurangkan ke 48 sebulan. Sama jugak kualiti kelajuan dan sebenarnya dalam kawasan aku ni dah ada internet free di bawah kampung tanpa wayar. Bila waktu pagi internet laju sungguh agaknya sebab aku sorang je kot yang kerja petang dan aku dapat menengok cerita korea tanpa putus. Hehe tapi malangnya kedudukan rumah baru, line telefon maxis tak dapat dan internet pun tak dapat. Maka nanti kami dalam perancangan nak pasang streamix. Insya Allah. 

Ok doakan keselamatan kami di sini. Salam.

Friday, January 18, 2013

Aura negatif naik flight

Assalammualaikum WBT.

Teringat masa aku naik flight dari KK ke San-dakan masa datang sini. Perjalanan aku bermula dari Ku-ching seawal jam 9 pagi dan transit tak sampai sejam di KK terus ke San-dakan. Bermula tahun 2012 aku dah nekad tak nak naik AA lagi kalo balik ke sini. Yelah kalo naik AA seawal jam 6 pagi flight. Then sampai KK jam 730 kemudian haruslah menunggu selama 6 jam untuk naik flight ke Sandakan pulak. Kalo airport dia macam terminal 1 tu oklah jugak. Ni dengan takde aircond, kipas kat kfc pun bergaduh2 nak kasi pusing memang tobat aku nak naik AA tunggu kat sana.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu tapi nak cerita pasal penumpang yang duduk sebelah aku. Aku ni dah memang kerja ulang alik naik flight sejak aku study lagi. So kalo orang lain rasa excited nak naik, aku ni dah tahap nak muntah. Muntah bukannya apa. Muntah sebab kena datang awal nak check in, nak uruskan bagasi lagi dan macam2 hal lagi. Owh kalo AA muntah lagi nak uruskan lebihan bagasi. Hehe selingan jap. 

Nak jadi cerita that day aku punya seat huruf c. Hujung kat sebelah laluan pejalan kaki. Eh lantak le sukati je aku nak guna istilah. Janji aku faham.  So macam biasa kalo aku duduk bukan di hjg tepi tingkap aku akan tunggu penumpang yang duduk sebaris dengan aku masuk dulu.  Untuk keselesaan aku dan takde kerja nak memasang tali pinggang dua kali.

Kemudian datanglah dua orang penumpang lelaki nak duduk sebaris dengan aku. Anggapan pertama aku dia orang datang bersama sebab dari terminal lagi aku tengok dia orang bersama. Yelah aku kan tugas lain di airport adalah memerhati orang. Aku suka pekerjaan itu.

So bila pakcik dan abang (berdasarkan rupa dia) datang, aku pun berdiri nak bagi dia orang masuk  ke dalam.  Then pakcik tu cakap takpe awak masuk dalam. Kita orang duduk luar. Owh sukanya aku. Terima kasih pakcik. Sebab aku memang suka duduk kat tepi tingkap.

Kemudian aku dengar pakcik tu bising2. Nanti kita minta tukar tempat duduk. Owh apahal pulak pakcik ni kata hati kecilku ingin tahu. Kemudian dalam lima minit jugak aku dengar pakcik tu bising2 sebab kena duduk sebaris ngan perempuan agaknya. Tak jadi aku nak pasang tali pinggang. Yelah dari gaya pakcik tu kecoh maybe aku le akan kena tukar seat. Tapi hati kecikku mula derhaka dan membuat dosa. Apahal ke pakcik ni. Nak kata ustaz bukan ustaz. Saya ni bukan sengaja nak duduk sebelah korang. Tak hingin pun. Baik aku duduk sebelah orang tak sebangsa. Takde pulak nak menyakitkan dan melukakan hati aku. 

Owh kecoh2 bising2 aku tunggu jugak dia nak bagitau pramugari tapi haram dia tak cakap. Cuma bising kat seat dia je. Owh pakcik hati aku mula mengelegak. Kenapa ko tak duduk kat first class je. Dapat lah ko duduk dengan selesa dan berdua je. Tapi abang yang kena duduk sebelah aku takde pulak bising. Dia cool je sambil melayan pakcik tu dengan bebelan dia. 

Kapal terbang selamat berlepas takde pulak aku tengok pakcik tu bagitau pramugari tu. Jadi apa tujuan pakcik tu nak bising2 takde tindakan. Aku ni sabar jelah. Tapi dalam hati banyak le aku mengumpat pakcik tu. Nak kata aku ni busuk, takde pulak busuk. Pakcik , perfume saya Lancome okeh. Itu kata hati yang sebal. Nak kata sexy yang sampai boleh pakcik tu meliur jauh sekali. Tudung pun tutup dada pakcik. Aurat mana saya yang terselak sampai pakcik begitu sekali. Sedangkan pakcik duduk di hujung sana. Owh mungkin saya tak cukup cantik dan cute untuk duduk sebelah pakcik. Tapi pakcik ketahuilah rupa kita takde beza pun. Kalo saya tak cantik, pakcik tu satu level ke bawah tak cantik dari saya. Haha.

Kemudian aku beranggapan baik. Owh pakcik ni agaknya baru pertama kali naik flight. Tak tau lagi system pernomboran dia macamana. Walawehhhh aku pun tak tau tapi takde le peghak macam tu. 

Tapi kan sepanjang sejam aku dalam flight tu kaki aku sakit sebabnya aku memang menyempit diri ke sebelah tingkap. Yelah dah orang tak suka n bising tak nak duduk sebelah perempuan haruslah aku menjauhkan diri. Kang aku terlentok kepala kat bahu mahu pulak pakcik tu terus azan kat telinga aku.

Masa minuman disediakan, aku punyalah sopan nak amik kacang tu satu je. Sedangkan selalunya aku minta kat pramugari sampai 3. Punyalah sopan tak nak pakcik tu marah aku. Eh yang aku takut kat pakcik tu apakehal? Haha. Tapi kan masa pramugari bagi oren juice, pakcik tu menolong pramugari dengan pass air tu kat aku. Nak tau apa aku nampak. Ohoooooo kuku pakcik tu kuning kotor melekat kat air oren aku. Aku terus rasa nak muntah tapi oleh kerana aku bukan pakcik tu suka nak bising tak tentu pasal. Aku sambut jugak air tu dan jangan tanya air tu aku minum ke tak?

Aku tulis ni bukan bermaksud nak burukkan sesiapa tapi ni sebagai  catatan pengalaman aku sepanjang aku naik flight ni. Sebelum ni biasa2 je. Tapi kali ni memang luar biasa sikit. Sentap saya pakcik. Pakcik ingatlah kebersihan tu sebahagian dari Iman. Laju2 pasang earphone dengar lagu Beyounce...Listen!!! Haha.

Wednesday, January 16, 2013

Dah setengah bulan 2013

Assalamualaikum WBT. 

Dah setengah bulan awal tahun baru ada ruang nak menulis lagi. Internet aku sekarang agak bermasalah. Tak dapat nak connect ngan laptop so redha ajelah. Dah le gtab pun bateri mula bermasalah kalo tak disambung ngan charger akan bermasalah. So aku pun malas nak serabut kepala, kalo ada rezeki adalah benda baru kalo tak gunakan apa yang ada sambil berdoa pintu rezeki akan terbuka seluas2nya. Amin. 

Plan nak menulis pasal percutian ke bandung pun tergendala sebab aku kan takde bawa camera sendiri. Camera kawan aku pulak memori card dia kena virus so bersabar dulu sampai dapat gambar. 

 Airasia ada buat promosi. Korang dah beli? Aku tak dapat tengok sebab aku tau line internet masalah so untuk mengelakkan aku sakit jantung ngan line celcom ni malas aku nak pergi buka. Kalo tak aku rasa mahu jugak nak tengok flight ke bandung lagi untuk hujung tahun. So sampai di sini dahulu. Selamat bekerja untuk semua.