Friday, October 15, 2010

Diraba anak murid

Assalamualaikum WBT.

Tajuk gempar kan.

Kisahnya macam ni. Aku masih suka nak mengekalkan keskemaan ke sekolah apabila memakai kasut bertutup penuh ke sekolah. Cuma kali ni, aku tukar2 warna ikut baju takdelah warna hitam saja. Oleh kerana kaki aku dah makin berusia maka apabila sampai kat sabah ni kulit aku alergik sedikit ngan air di sini. So berlakulah parut sedikit di bahagian kaki. Maka wajiblah aku memakai stoking kulit untuk memastikan celaan itu tiada.

Oleh kerana stoking kulit adalah terbaik dimport dari Parkson Spring maka aku tidak ralat untuk membeli dengan kadar yang banyak. Stokin ni nipis so memang sepasang tu aku pakai tak sampai 2 minggu akan dibuang sebab koyak.

Kasut aku tuh memang tutup maksudnya jari kaki dan tumit lah. Tengah2 tu kosong Nampak ler stoking. Tarikan stoking yang aku pakai ni begitu ketara sebab dah beberapa kali budak tahun 1 perempuan tertarik ngan kaki aku dan mengendeng aku nak bertanya.

Nak jadi kisah, aku tengah mengajar budak tahun 2. Aku suruh dia orang duduk kat tikar. Aku bersandar kat meja guru sebab masa tu aku tengah suruh salah seorang budak membaca. Tiba-tiba aku rasa kaki aku kena raba. Melompat aku.

Menjerit kenapa awak sentuh kaki cikgu.

Aku cuma nak rasa cikgu sama ada itu kulit ke stoking

Astaga.... Bla bla bla

Lepas dia orang keluar tu, aku tergelak seorang diri. Boleh agaknya perasaan ingin tahu yang menebal sampai ko nak pegang kaki cikgu nihh.

Kesimpulannya esok aku terus tukar pakai sandal bertutup penuh.

P/S-Gambar kredit to Tuan Google dan aku tak rasa kaki aku seseksi ini bila pakai kasut.

1 comment:

Anonymous said...

Stokin kulit tu smpai paras mana??