Assalamualaikum WBT.
Bila
umur semakin meningkat, kita semakin matang. Sepatutnya
begitu kan. Tapi dalam diri kita walaupun umur makin meningkat perangai
kebudak2kan tu pasti akan terselit. Ni bukan nak mengata orang lain tapi
diri
sendiri pun sama. Yelah kita ni manusia biasa bukan malaikat dan aku
percaya di
mana2 kelompok manusia itu pasti ada manusia yang positif dan negative.
Tak
kira lah berada dalam golongan para ustaz pun, pasti ada di kalangan
mereka
yang berada di kalangan negative. Pengalaman aku sebelum ni berada dan
berkerja di institusi is-lam membuatkan mata terbuka dan berpeganglah
dengan moto manusia bukan malaikat.
Aku
nak kongsi kisah yang berlaku di persekitaran kehidupan aku. Baru2 ni
Cik A telah mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah pada musim haji
ni. Walaupun hubungan aku dengan CIk A ni tak berapa nak elok ekoran
dari peristiwa lepas yang mungkin atas kesilapan bersama tapi dalam hati
aku dah takde perasaaan tak puas hati dengan CIk A. Aku muhasabah diri.
Kenapa aku tak suka CIk A? CIk A takde buat salah kat aku lagi. Kenapa
aku harus biarkan berpanjangan.
Aku nilai diri sendiri yang kadang2 positif dan adakalanya negatif. Dan kemudian aku buat kesimpulan. Ini salah aku di mata Cik A. Dan di mata Cik A ini salah aku. Akhirnya aku tau sebenarnya perasaan tu aku kena buang.Aku buat2 macam biasa tergur Cik A
dan Cik A pun boleh je tegur aku balik. Tolong aku bila aku minta
cumanya perhubungan sesama manusia aku dengan Cik A agak terbatas
disebabkan masalah masa dan tempat.
Masa tau Cik A
bakal menunaikan haji. Aku bersyukur bagi pihak dia. Aku doa agar aku
dapat menunaikan haji jugak Insya Allah pada tahun hadapan dengan mummy
aku. Takde pun sedikit perasaan tak puas hati. Malah aku plan nak
hadiahkan buku kat Cik A malangnya oleh kerana dekat sini alamatnya
adalah peti surat maka penghantaran buku tak dapat dibuat. Walau
macamanapun buat masa ni aku cuma dapat menghantar doa agar Cik A selamat menunaikan haji dan mendapat haji mabrur. Insya Allah.
Namun
malangnya ketenangan aku ni diganggu gugat dengan sekumpulan orang lain
yang tidak berpuas hati dengan Cik A . Aku malas nak campur dan
memanjangkan isu sebab aku taknak le sebab orang lain maka aku pun
bergaduh sia2 kan. Cuma dapat membenci dalam hati dan beristighfar.
Daripada
Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia
mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah
selemah-lemah iman.
Tapi
aku geram le jugak dengan sesetengah manusia yang merasakan mereka
membawa imej malaikat. Menjatuhkan hukum kepada orang dengan sesuka
hati. Kita bukan sesiapa nak menjatuhkan hukum dosa pahala. Sekurangnya2
orang tu dah dapat menunaikan haji dengan duit dia. Tapi renung diri
kita sendiri. Duit dalam tabung haji pun asyik keluar masuk macamana nak
mencukupkan tu? Hehe tu aku le tu. Bukan orang lain.
Sama2 kita renungkan untuk muhasabah diri sendiri.
No comments:
Post a Comment