Saturday, December 8, 2012

Cuti lama

Assalamualaikum wbt. Lamanya menghilang kan sebab bila mula cuti sekolah je aku pun turut hilang terus. Padahal sebelum cuti pun dah hilang. Hehe. Aku baru je balik dari Jakarta n Bandung. Syukur sangat dapat jejak kaki ke sana walaupun orang lain dah berulang2 pergi tapi ni kiranya pre-korea untuk bulan 6 nanti. Insya Allah. Yelah pergi ke sana langsung tak guna mana2 supir dan cuma bergantung ngan bacaan dari internet dan sememangnya sangat berguna. Cadangnya nak pergi lagi tahun depan tapi kali ni plan nak bawa family aku ke bandung terus. Jakarta tak le kot kalo sekadar nak shopping. Laptop aku masuk hospital pakar dan oleh kerana kos pakar adalah mahal kena tunggu. Gaji bulan ni le nampak gayanya. Bulan ni jugak banyak benda waiting nak kena guna duit. Yang plg penting kos nak cargo kereta kena sediakan. Owh ya, mulai bulan lepas jugak tinggal aku ngan sorg lagi housemate aku. Maka sewa rumah kami bulan ni kena bayar 400 sorang. Aduii sayangnya duit masa bayar sewa tu. Dan banyak le benda kena cut sementara nak dapatkan penyewa baru. Doakan kami dapat penyewa baru secepat mungkin ya. Waiting jugak dalam benda nak kena ada pun banyak. Harap2 tahun 2013 yang bakal menjelang akan membawa kemurahan rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua. Ok sampai sini dulu. Banyak benda nak cerita tapi semuanya waiting. Salam.

No comments: