Assalammualaikum WBT.
Teringat masa aku naik flight dari KK ke San-dakan masa datang
sini. Perjalanan aku bermula dari Ku-ching seawal jam 9 pagi dan transit tak
sampai sejam di KK terus ke San-dakan. Bermula tahun 2012 aku dah nekad tak nak
naik AA lagi kalo balik ke sini. Yelah kalo naik AA seawal jam 6 pagi flight.
Then sampai KK jam 730 kemudian haruslah menunggu selama 6 jam untuk naik
flight ke Sandakan pulak. Kalo airport dia macam terminal 1 tu oklah jugak. Ni
dengan takde aircond, kipas kat kfc pun bergaduh2 nak kasi pusing memang tobat
aku nak naik AA tunggu kat sana.
Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu tapi nak cerita pasal
penumpang yang duduk sebelah aku. Aku ni dah memang kerja ulang alik naik
flight sejak aku study lagi. So kalo orang lain rasa excited nak naik, aku ni
dah tahap nak muntah. Muntah bukannya apa. Muntah sebab kena datang awal nak
check in, nak uruskan bagasi lagi dan macam2 hal lagi. Owh kalo AA muntah lagi
nak uruskan lebihan bagasi. Hehe selingan jap.
Nak jadi cerita that day aku punya seat huruf c. Hujung kat
sebelah laluan pejalan kaki. Eh lantak le sukati je aku nak guna istilah. Janji
aku faham. So macam biasa kalo aku duduk
bukan di hjg tepi tingkap aku akan tunggu penumpang yang duduk sebaris dengan
aku masuk dulu. Untuk keselesaan aku dan
takde kerja nak memasang tali pinggang dua kali.
Kemudian datanglah dua orang penumpang lelaki nak duduk
sebaris dengan aku. Anggapan pertama aku dia orang datang bersama sebab dari
terminal lagi aku tengok dia orang bersama. Yelah aku kan tugas lain di airport
adalah memerhati orang. Aku suka pekerjaan itu.
So bila pakcik dan abang (berdasarkan rupa dia) datang, aku
pun berdiri nak bagi dia orang masuk ke
dalam. Then pakcik tu cakap takpe awak
masuk dalam. Kita orang duduk luar. Owh sukanya aku. Terima kasih pakcik. Sebab
aku memang suka duduk kat tepi tingkap.
Kemudian aku dengar pakcik tu bising2. Nanti kita minta
tukar tempat duduk. Owh apahal pulak pakcik ni kata hati kecilku ingin tahu. Kemudian
dalam lima minit jugak aku dengar pakcik tu bising2 sebab kena duduk sebaris
ngan perempuan agaknya. Tak jadi aku nak pasang tali pinggang. Yelah dari gaya
pakcik tu kecoh maybe aku le akan kena tukar seat. Tapi hati kecikku mula
derhaka dan membuat dosa. Apahal ke pakcik ni. Nak kata ustaz bukan ustaz. Saya
ni bukan sengaja nak duduk sebelah korang. Tak hingin pun. Baik aku duduk
sebelah orang tak sebangsa. Takde pulak nak menyakitkan dan melukakan hati aku.
Owh kecoh2 bising2 aku tunggu jugak dia nak bagitau pramugari tapi haram dia
tak cakap. Cuma bising kat seat dia je. Owh pakcik hati aku mula mengelegak.
Kenapa ko tak duduk kat first class je. Dapat lah ko duduk dengan selesa dan
berdua je. Tapi abang yang kena duduk sebelah aku takde pulak bising. Dia cool
je sambil melayan pakcik tu dengan bebelan dia.
Kapal terbang selamat berlepas takde pulak aku tengok pakcik
tu bagitau pramugari tu. Jadi apa tujuan pakcik tu nak bising2 takde tindakan.
Aku ni sabar jelah. Tapi dalam hati banyak le aku mengumpat pakcik tu. Nak kata
aku ni busuk, takde pulak busuk. Pakcik , perfume saya Lancome okeh. Itu kata
hati yang sebal. Nak kata sexy yang sampai boleh pakcik tu meliur jauh sekali.
Tudung pun tutup dada pakcik. Aurat mana saya yang terselak sampai pakcik
begitu sekali. Sedangkan pakcik duduk di hujung sana. Owh mungkin saya tak
cukup cantik dan cute untuk duduk sebelah pakcik. Tapi pakcik ketahuilah rupa
kita takde beza pun. Kalo saya tak cantik, pakcik tu satu level ke bawah tak
cantik dari saya. Haha.
Kemudian aku beranggapan baik. Owh pakcik ni agaknya baru
pertama kali naik flight. Tak tau lagi system pernomboran dia macamana.
Walawehhhh aku pun tak tau tapi takde le peghak macam tu.
Tapi kan sepanjang sejam aku dalam flight tu kaki aku sakit
sebabnya aku memang menyempit diri ke sebelah tingkap. Yelah dah orang tak suka
n bising tak nak duduk sebelah perempuan haruslah aku menjauhkan diri. Kang aku
terlentok kepala kat bahu mahu pulak pakcik tu terus azan kat telinga aku.
Masa minuman disediakan, aku punyalah sopan nak amik kacang
tu satu je. Sedangkan selalunya aku minta kat pramugari sampai 3. Punyalah
sopan tak nak pakcik tu marah aku. Eh yang aku takut kat pakcik tu apakehal?
Haha. Tapi kan masa pramugari bagi oren juice, pakcik tu menolong pramugari
dengan pass air tu kat aku. Nak tau apa aku nampak. Ohoooooo kuku pakcik tu
kuning kotor melekat kat air oren aku. Aku terus rasa nak muntah tapi oleh
kerana aku bukan pakcik tu suka nak bising tak tentu pasal. Aku sambut jugak
air tu dan jangan tanya air tu aku minum ke tak?
Aku tulis ni bukan bermaksud nak burukkan sesiapa tapi ni
sebagai catatan pengalaman aku sepanjang
aku naik flight ni. Sebelum ni biasa2 je. Tapi kali ni memang luar biasa sikit.
Sentap saya pakcik. Pakcik ingatlah kebersihan tu sebahagian dari Iman. Laju2 pasang earphone dengar lagu Beyounce...Listen!!! Haha.
No comments:
Post a Comment